Kemudahan awam Daerah Lahad Datu

Sistem perhubungan dan pengangkutan

Jalan raya

Kedudukan yang strategik ini telah memudahkan Lahad Datu untuk dikunjungi sama ada melalui jalan darat, air mahupun udara. Melalui jalan darat, Lahad Datu mempunyai sistem jalan raya yang menghubungkannya dengan bandar-bandar utama seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan beberapa pekan lain.

Terdapat lebih kurang 42 batang rangkaian jalan raya berturap di Lahad Datu meliputi kawasan bandar dan luar bandar. Kenderaan ringan seperti kereta, van dan kereta pacuan empat roda serta kenderaan berat seperti lori dan treler juga boleh menggunakan jalan raya yang telah disediakan. Bagi kawasan kampung, kebanyakan jalan batu kelikir dibina manakala jalan tanah merah pula dibina di semua kawasan ladang kelapa sawit sebagai jalan penghubung.

Antara lebuh raya dan jalan raya utama yang terdapat di Bandar Lahad Datu ialah:

  • Lebuhraya Jalan Segama
  • Lebuhraya Jalan Silam
  • Lebuhraya Jalan Pantai
  • Jalan Lahad Datu - Sandakan
  • Jalan Lahad Datu - Tawau
  • Jalan Lahad Datu - Tungku
  • Jalan Tungku - Felda Sahabat
Jalan raya di Felda Sahabat, Lahad Datu

Bekalan elektrik

Bekalan elektrik pula adalah di bawah kawalan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang merupakan pembekal utama tenaga elektrik di Lahad Datu.

Bekalan air

Mengikut perangkaan yang dibuat oleh Jabatan Air Lahad Datu, kapasiti pengeluaran air bersih di Lahad Datu ialah kira-kira 558 juta liter sehari pada tahun 2000. Namun, ia dijangka akan meningkat dan melonjak naik dengan lebih tinggi pada masa kini kerana permintaan dan pendedahan tentang kegunaan sumber air bersih dalam kehidupan.

Lapangan terbang

Lapangan Terbang Lahad Datu

Pada 23 April 2010, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri mengumumkan Lapangan Terbang baru akan dibina di sini kerana lapangan terbang sedia ada tidak memenuhi piawaian keselamatan lapangan terbang antarabangsa atau Aviation Certification and Interoperability Office (ACIO). Penduduk Lahad Datu kini melebihi 300,000 orang.

Alternatif ialah di Silabukan, kira-kira 25 kilometer dari bandar Lahad Datu. Pilihan lain ialah Sandau, kira-kira 35 kilometer dari bandar Lahad Datu. Silabukan merupakan kawasan ladang kelapa sawit milik agensi kerajaan negeri Sabah dan lebih mudah proses tukar milik dilakukan. Silabukan juga terletak di antara Tungku, bandar Felda Sahabat dan bandar Lahad Datu, berhampiran kawasan Kluster Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) serta Hutan Simpan Tabin dan dihubungkan dengan sistem jalan raya yang baik.[1]

Rumah Ibadah

Masjid

  1. Masjid Ar-Raudah (Masjid Daerah)
  2. Masjid Awal Tuan Guru Haji Muda
  3. Masjid Raya Lahad Datu
  4. Masjid Al Ikhlas, Sapagaya
  5. Masjid Al Huda, Felda Sahabat 16
  6. Masjid Al Muttaqin, Sabah Baru
  7. Masjid Al Muhajirin, Teck Guan
  8. Masjid Bumiputera, Lamak Silam
  9. Masjid Jamek Al Ubudiah, Desa Kencana
  10. Masjid Jamek Batalion 17 PGA Lahad Datu
  11. Masjid Jamek Darussalam, Tabanak
  12. Masjid Makhdum, Sapagaya
  13. Masjid Nur Ikhlas, Buang Sayang
  14. Masjid Nur Imam, Sapagaya Ulu
  15. Masjid Nur Salam, Terusan
  16. Masjid Nur Takzim, Batu 13
  17. Masjid Nurul Amal, Kg. Jawa
  18. Masjid Nurul Badri, Desa Bajau
  19. Masjid Nurul Hidayah, Anjung Teduh
  20. Masjid Nurul Hilal, Puyut
  21. Masjid Nurul Ibadah, Felda Sahabat
  22. Masjid Nurul Ihsan, Binuang
  23. Masjid Nurul Ikhwan, Silabukan
  24. Masjid Nurul Iman, Cenderawasih
  25. Masjid Nurul Iman, Desa Bajau
  26. Masjid Nurul Ittihad, Muhibbah
  27. Masjid Nurul Jihad, Segama
  28. Masjid Nurul Sa'adah, Segangan
  29. Masjid Nurul Taqwa, Dewata
  30. Masjid Nurul Ulum, Segama
  31. Masjid Pangsapuri Mutiara Kasih

Surau

  1. Surau Siti Khatijah, Sri Perdana
  2. Surau Al-Iman, Kg.Terusan
  3. Surau An-Nur, Kg.Sapagaya
  4. Surau Khazanah Indah
  5. Surau Nurul Aman Jaya
  6. Surau Nurul Estet Danum

Surau sekolah

  1. Surau Al Fatah, SMK Segama
  2. Surau Nurul Iman, Sm Sains

Kemudahan perkhidmatan kesihatan

Hospital Lahad Datu

Terdapat beberapa pusat kesihatan di Lahad Datu. Sebuah hospital yang boleh dikatakan bertaraf moden dan lengkap dengan peralatan perubatan yang canggih telah siap dibina pada tahun 2001. Hospital ini turut menyediakan kuarters bagi kakitangan hospital berkenaan. Selain daripada itu, terdapat 4 buah klinik kerajaan termasuk sebuah Klinik Kesihatan Ibu dan Anak yang disediakan di kawasan bandar. Manakala 9 buah klinik swasta serta 3 buah klinik pergigian turut dibuka di kawasan bandar manakala 10 buah Klinik Desa dibina di kawasan luar bandar.

Senarai Klinik di Daerah Lahad Datu

  1. Hospital Lahad Datu
  2. Klinik Pakar, Hostipal Lahad Datu
  3. Klinik Kesihatan Felda Sahabat
  4. Klinik Kesihatan Lahad Datu
  5. Klinik Kesihatan Pulau Tambisan
  6. Klinik Kesihatan Silabukan
  7. Klinik Kesihatan Tungku
  8. Klinik 1 Malaysia Bandar Sri Perdana
  9. Klinik 1 Malaysia Layung Industrial
  10. Klinik 1 Malaysia Palm Height
  11. Klinik Desa Bukit Belacon
  12. Klinik Desa Cenderawasih
  13. Klinik Desa Fajar Harapan
  14. Klinik Desa Hamparan Badai
  15. Klinik Desa Kembara Sakti
  16. Klinik Desa Kuala Taburi
  17. Klinik Desa Lamag Silam
  18. Klinik Desa Pulau Sakar
  19. Klinik Desa Sapagaya
  20. Klinik Desa Segama
  21. Klinik Desa Silabukan
  22. Klinik Desa Tanjung Labian
  23. Klinik Desa Tengah Nipah

Klinik Pergigian dan Swasta

  • Klinik Pergigian Cenderawasih
  • Klinik Pergigian Dr. Tay
  • Klinik Pergigian Fajar
  • Klinik Pergigian Giam
  • Klinik Pergigian Perdana
  • Klinik Pergigian Peter
  • Klinik Pergigian Rohana
  • Klinik Pergigian Shofiyyah
  • Klinik Chaw
  • Klinik Dr. Leong
  • Klinik Dr. Siti (Klinik Dr Siti & Surgeri)
  • Klinik Genevieve
  • Klinik Lahad Datu
  • Klinik Layong
  • Klinik Nuqman
  • Klinik Permai
  • Klinik Raphah (Medical Clinic & Surgery)
  • Klinik Ruslan
  • Klinik RuslanAmin
  • Klinik Sri Perdana (Clinic And Surgery)
  • Klinik Ung
  • Klinik Ung Cenderawasih
  • Klinik iBorneo
  • Poliklinik Fajar
  • Poliklinik Shau
  • Poliklinik Tabanak
  • Klinik Mabello Darvel Bay
  • Klinik Mabello Jeroco
  • Klinik Mabello Tungku

Kemudahan awam lain

Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan masyarakat di luar bandar juga turut mendapat kemudahan dan keselesaan untuk menjalani kehidupan seharian. Pembinaan sekolah, hospital, balai polis, balai bomba, perpustakaan, deretan kedai, pejabat pentadbiran daerah.

Rujukan

WikiPedia: Daerah Lahad Datu http://www.astroawani.com/video-malaysia/kronologi... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://edition.cnn.com/2013/02/15/world/asia/malay... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/3/... http://www.sabah.gov.my/pd.ld/ http://globalnation.inquirer.net/64577/heirs-of-su... http://globalnation.inquirer.net/66287/aquino-surr... http://globalnation.inquirer.net/66771/malaysia-la... http://web.archive.org/web/20171029015548/http://w... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Daera...